Jumaat, Mac 05, 2010

♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛Biarlah YM Berbicara♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛

♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤
Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi. Andai bibir kelu untuk hujani bicara indah pada kemarau hati.. aku rela jemari menjadi pengganti, menarikan irama indah cinta kita.. biarkan saja YM yang terus berbicara..

♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛
Bab 1..........

AKU cuma mampu tunduk, menyembunyikan wajah sebolehmungkin. Memang salah aku.Takkan nak menjawab pula. Dia bos... aku ni?“Awak ni kenapa? Ada masalah ke?”Laju aku menggeleng sambil mempamerkan sedikit senyum yang tidak begitu manis. Apa lagi yang aku mampu lakukan? Cuma senyum itulah buat menutupkecuaian sendiri.“This is not the first time, you know? Hari ni dahtiga kali awak buat silap. Itu dengan saya, dengan orang lain,tak tahulah! Cuba terus terang dengan saya, apa masalahawak sebenarnya?”“Saya yang tak buat betul-betul. Memang salahsaya. Maafkan saya Encik Firdaus. Lepas ni saya akan lebihhati-hati…”Encik Firdaus menatapku dengan renungannyayang mengancam. Membuat aku hampir terduduk, di kerusidi hadapannya. Sekali lagi aku tersenyum. Kali ini aku pastiakan rupa senyumanku. Senyuman gabra. Siapa yang tahandirenung jejaka sekacak Encik Firdaus?“Saya keluar dulu ya, encik. Saya ambil file debtoryang encik minta tu.” Aku bersuara lemah. Hairan dengan kecuaian sendiri. Kenapa perkara sebegini remeh pun, akuboleh silap?Encik Fidaus diam. Dia memandangku dengan pandangan tidak mengerti. Perlahan aku menggaru kepalayang tidak gatal. Cuba buang jauh-jauh perasan yang mulabertenggek di ranting jiwa. Janganlah pandang saya macam tu, encik. Perasan saya nanti! detik hatiku.“Encik…” panggilku perlahan. Manalah tahu kalau kalau Encik Firdaus sedang berangan. Tidak sedar sambilberangan, matanya tertancap padaku. Aku tersenyum dalam diam.“Hmmm… tak payah dulu. I nak keluar lunch.After lunch pass it to me. Okay!”“Kalau macam tu, saya keluar dulu ya?”Encik Firdaus mengangguk.Aku pula berundur perlahan. Tidak sabar untukkeluar dari bilik berhawa dingin yang tidak mendinginkan langsung itu! Cuma wajahku yang terasa pijar bila bertentang mata dengan bos yang tampan itu.“Diya…”Langkahku terhenti. Terasa mahu gugur jantung tatkala mendengar Encik Firdaus memanggil namaku. Tidak pernah dia memanggil singkatan namaku. Aku berpaling.“Fail ni? This is not what I want. Isn’t? So, keep itback.”Aku tersengih malu sambil mengangguk laju. Cepat aku mencapai fail yang dihulur oleh Encik Firdaus. Dan cepat juga aku bergerak keluar dari bilik itu. Tidak sanggup untuk melihat senyum lucu Encik Firdaus.Fail di tangan kuletak seketika di atas meja. Kejaplagilah aku simpan. Mataku tajam memandang skrin komputer. Mencari-cari Window yang aku rindu. Tidak ada.Aku mengeluh hampa. Mana dia pergi? Sudah hampir seminggu dia menghilang. Tidak mahu menjawab semuapesanan yang aku titipkan. Marahkah dia padaku? Marahkahdia apabila terlalu sering aku menolak ajakannya untukbertemu? Terdetik rasa hiba di hati. Terasa aku kehilangan sesuatu apabila tidak dapat membaca patah bicaranya di skrin komputer.“Hei, Diya! Apahal?”Aku tersentak. Mengerling sekilas pada teman disebelah. Kemudian mataku terpaku kembali pada skrin komputer.“Bismillahirrahmanirrahim...” Perlahan aku klikpada ikon Yahoo Messenger di sudut skrin komputerku.Melihat kalau-kalau dia online saat ini. Ada! Dia ada, tapi…kenapa pesanan dan sapaanku yang berbakul-bakul itu tidakdibalasnya? Sampai hati…. Sebak rasanya dadaku saat ini.“Diya…”Aku berpaling. Mengangkat kening tanda bertanya. Mulut terasa berat untuk kubuka.Sharifah tersengih.“Apa hal?” soalnya sekali lagi.“Apahal apa?” Soalannya kujawab dengan soalanjuga. Tidak faham akan maksud pertanyaan teman sekerjakuitu.“Kenapa Encik Firdaus panggil kau?”“Minta fail laaa.”“Hari ni, dah empat kali dia panggil kau. Kenapaek? Semenjak dua menjak ni… selalu sangat aku tengok diapanggil kau.”Aku tersengih. Mana tak selalu… aku asyik buatsilap aja. Semuanya pasal mamat poyo yang tengah buat akusedih ni.“Kenapa ek?” Sharifah bertanya lagi.Aku tidak terus menjawab. Masih menatap skrinkomputer di hadapanku. Mengharapkan ada keajaiban yangakan berlaku. Tak ada pun!Aku sedikit terperanjat tatkala jemari Sharifah menolak perlahan bahuku. Aku menoleh. Sharifah mengharapkan jawapan daripadaku rupa-rupanya.“Entah… dia minat kat aku kut!” balasku selamba.Sebenarnya tiada mood untuk melayan celoteh Sharifah yangmemang tiada noktah itu.“Ek hmmm…”Suara itu membuatkan wajahku membahang. Akutunduk memandang meja. Malunya! Kenapalah dia munculpada saat-saat ini? Kenapalah mulut aku cabul sangat? Ish,malunya aku!Sharifah tersengih sambil mengetuk-ngetuk meja.Sengih yang mencabar kewibawaanku.“Siapa yang minat kat awak?”Aku mendongak perlahan. Dalam terpaksa, akucuba untuk bertentang mata redup milik Encik Firdaus. Takguna punya mulut! Sanggup malukan tuannya sendiri. Lepas ni… kena hantar pergi sekolah ni. Ajar hormat tuan sikit.“Errr… Mat Bangla kat production encik. Dia selalukacau saya. Ha… betul tu… betulkan, Sherry,” ujarku tergagap-gagap sambil memandang wajah Sharifah yang mengulum senyum.Sharifah mengangguk laju menyokong kata-kataku.Sekali pandang, reaksi Sharifah nampak berlebih-lebih pula.Encik Firdaus tersenyum manis. Aduh… dia taktahu ke, senyumannya tu boleh buat orang tergoda?“Tak keluar lunch ke? Jomlah, saya belanja,”pelawanya sambil tersengih.“Errr... tak apalah! Dah kenyang encik…”“Sharifah?”“Encik belanja?”“Yes. All on me. Jom la, ajak staf lain sama. Andyou… Diya, jom la!”“Saya betul-betul kenyang. Terima kasih.”“Sure?”“Yes!”“Kalau macam tu, nak buat macam mana, ya tak?Agaknya, tunggu Mat Bangla awak belanja ya?” gurau Encik Firdaus.“Eh, mana ada… tak adalah!” jawabku malu-malu.Sejak bila pula Encik Firdaus pandai bergurau dengan staf ni?Ish… musykil betullah! Agaknya hati tengah senang kut?“Sharifah… shall we?”Sharifah mengangguk sambil mengangkat punggung.Encik Firdaus bergerak ke ruangan penyambut tetamu.Sharifah pula berlari-lari kecil sambil tersengih memandangku. Aku mengeluh perlahan sambil menongkat dagu. Mataku kembali kaku memandang Yahoo ID yang kurindu. Manalah dia pergi? Kenapalah dia buat aku macamni? Tidak tahukah dia betapa beratnya beban rindu yang kutanggung saat ini? I miss you sayang!!! jerit hatiku tiba tiba.Sayang? Siapalah sayang tu? Hesy! Memang aku dilanda perasaan tahap kronik ni. Kalau dibiarkan boleh melarat jadi sakit jiwa ni. Tak nak!!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AidilFitri 2010~