Jumaat, Mac 05, 2010

♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤•
Bab 5

DI mejaku, aku buat-buat sibuk.Renungan tajam Sharifah,kucuba buat tidak tahu. Akutahu Sharifah masih tidak berpuas hati denganku. Sejak duahari lalu. Sejak kuceritakan tentang keterlupaan janjiku padaCharming. Padahal aku memang tidak sengaja. Memangbetul-betul lupa. Takkan dia tak boleh terima langsungalasanku itu? Alamak, dia datanglah. Aku cepat-cepatmembuka fail Purchasing. Buat-buat sibuk meneliti senaraicreditors. Sharifah memeluk tubuh di hadapanku. Tercegatbagai bos nak marah staf bawahan. Perlahan aku mengangkatmuka.“Dah call belum?” soalnya tanpa memberi salam.Aku bersandar ke kerusi. “Kan aku dah call hari tu.Dia off handphone dia. Nak buat macam mana? Dia takseriuslah tu.”“Itu hari Sabtu lepas, sekarang dah Isnin. Call ladia.”Aku termenung. Mencari-cari akal untuk mengelakdaripada terpaksa akur pada arahan Sharifah. Tatkala itu jugapandanganku berlaga dengan wajah Encik Firdaus yangserius.Aku melihat jam di dinding. Hampir sebelas pagi.Lambat pula Encik Firdaus masuk ke pejabat hari ini. Mukapun serius semacam. Takut pula aku tengok. Sudahnya,pandanganku segera kualihkan, menghadap wajah Sharifahyang tidak begitu ceria hari ini. Pun serius juga. Agaknya harini, hari muka serius sedunia kut. Aku tersengih. Kelakardengan lawakku sendiri.“Diya! I’m talking to you. Kau dah call dia belum?”soal Sharifah dengan suara sedikit tinggi.Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apalahyang hendak kukatakan pada gadis ini?“Aku rasalah, dia ni mesti dah kahwin. Yalah… cubakau fikir, kenapa dia off telefon? Pasal tukan weekend. Diamesti spend time dengan famili dia. Tak nak terkantoilah tu.Betul tak apa aku cakap? Dia tu cuma nak permainkan akuaja!” Akhirnya aku mendapat idea paling logik untukdiberikan pada Sharifah. Untuk mengelak daripada arahanSharifah.“Banyaklah kau punya kahwin. Berapa kali kau calldia?”Perlahan aku mengangkat jari telunjuk.Menunjukkan isyarat satu bersama senyuman kecut. Sharifahni, kalau dah marah, takut pula aku tengok.“Sekali? Hari Sabtu tu ajalah kau call dia? Lepas tu?”“Aku call dia off. Jadi takkan aku nak call lagi. Diatak nak diganggulah tu. Mesti dia dengan anak isteri dia tu.Dia berbahagia di sana, kau marah-marah aku kat sini. Takadil tahu tak?”“Yalah. Kau sepatutnya call dia. Minta maaf.Masalahnya kau dah janji dengan dia. Jadi, kau tak patutlahbuat dia macam tu.”“Aku dah call kan? Lagipun aku bukan sengaja.Memang aku terlupalah. Aku sembang dengan mak akudekat dua jam tau. Mana aku tak lupa. Bukan salah aku. Diapun tak ada telefon kau, tanyakan pasal aku. Itumenunjukkan yang dia memang tak serius dengan aku. Yangkau pula, janganlah marah aku sampai macam ni sekali.Kaukan kawan aku. Bukan kawan Si Charming tu.”Sharifah mengeluh perlahan. Mungkin amarahnyasudah sedikit kendur.“Ego juga kau ni ya? Tak nak beralah. Kalau macamni, aku pun tak tahu nak cakap apalah. Suka hati kaulah Diya.Janji kau bahagia!” katanya macam orang merajuk.Aku tersengih. Mungkin betul kata-kata Sharifahitu. Berat hatiku untuk membuka langkah pertama.Sebenarnya bukan aku ego. Tapi, aku malu.“Rancak nampak. Tak ada kerja ke?”Teguran itu membuatkan aku dan Sharifah samasamaterkejut. Encik Firdaus tercegat di belakang kami. Sejakbila pula dia di situ? Tadi aku tengok sedang berbual denganMira. Aku tersengih. Sharifah pun sama. Alamak! Kantoidengan bos la…“Ada Encik Firdaus. Tapi, semua dah siap,” jawabSharifah sambil tersenyum panjang.Encik Firdaus turut tersenyum.Aik! Tadi bukan main serius lagi mukanya. Bercakapdengan Mira, sikit pun tak senyum. Sekarang, bukan mainmanis pula senyumannya. Pelik betullah bos aku ni. Tapi,kalau dia senyum macam ni selalukan, bagus. Ceria sikitpejabat ni. Aku tersenyum dalam diam.“Yes, Diya? Anything to share?” soal Encik Firdaussambil menikam mataku dengan renungannya yang redup.Aduhai, lupa sekejap aku pada Charming. Aku tersenyumsambil menggeleng. Apalah hati ni. Cepat sangat tergugat. Hihi hi.“Tak ada apa-apalah encik,” sangkalku.“Orang… kalau senyum sorang-sorang, there’smust be something. Adalah yang buat hati senang tu ya?”Aku cuma tersengih.Encik Firdaus pula menyambung senyum sebelumberlalu.“Berborak boleh. Tapi, kerja kena jalan tau.” Dalamlembut, sempat dia bahasakan aku dan Sharifah.Hampeh betul! Aku mencebik.Sharifah pula tersengih.“Ini semua kau punya pasal. Kau ajak aku sembangpasal Charming time kerja macam ni, kenapa?” ujarku setelahbayang Encik Firdaus menghilang.Sharifah tergelak kecil sambil berlalu ke mejanya.“Tapi, aku peliklah. Semenjak dua menjak ni, diaselalu muncul tiba-tiba kat belakang kau. Kenapa ya?” soalSharifah sambil memandangku hairan.“Kau nak aku jawab ke soalan tu?”Sharifah mengangguk.Baru mahu membuka mulut, tiba-tiba Windowkesayanganku muncul di skrin komputer. Mana satu nak buatdulu ni? Jawab soalan Sharifah atau baca pesanan Charming?“Kenapa?” soal Sharifah sekali lagi.Aku berpaling padanya.“Kau tahu tak suara kau tu, sampai pak guard katguard house tu pun boleh dengar tahu tak? Mahu dia takdatang senyap-senyap macam tu. Nasib baik dia sound dalam lembut. Kalau tak, buat malu aja tau.”“Ya ke? Aku rasa suara aku tak ada la kuat sangat…”“Kau yang perasan suara kau tak kuat. Padahal satuoffice ni boleh dengar suara kau yang merdu tu.”Sharifah termangu seketika. Aku tersenyum melihat gelagat Sharifah yang sedikit blur. Suka aku lihat wajah dia macam tu. Cute. Kemudian mataku teralih keWindow Charming.Charming: Hai sayang… I dapat message U. Sorry Imemang offline kalau weekend.Aku termangu sambil menongkat dagu.Mungkinkah betul telahanku tadi? Entah-entah dia dahkahwin. Sebab tu dia matikan telefon dan sebab itu jugalahdia tidak melayari YM. Hatiku tiba-tiba jadi tidak enak. Apaakan jadi kalau aku jatuh cinta pada suami orang. Tidak mungkin! Aku tidak mahu bercinta dengan suami orang.Charming: I spend masa untuk mummy I. Tak boleh buat benda lain. Weekend is just for her.Yelah tu! Untuk mummy ke untuk isteri? hatiku berdetik tiba-tiba.Charming: I belum kahwin la. Tahu apa ada dalamkepala U tu. Sebab belum kahwin la, masa weekend cumauntuk dia.Wajahku terasa membahang. Dia tahu apa yang akufikir? Dia ni, orang ke hantu? Ini yang buat aku seriau ni.Charming: U? Ada ke tak tu?Ugly Betty: Ada.Charming: Naper diam?Ugly Betty: Tak ada apa-apalah!Charming: Kata nak miss call. Tak ada pun...Ugly Betty: Kan I dah minta maaf. Tak sengaja. Ibetul-betul lupa.Charming: Lupa? Bergayut dengan pakwe ke?Ugly Betty: Mak I la. Lepas I cakap dengan U, mak Icall. Sembang dengan dia sampai dua jam lebih. Lepas tu,terus lupa. So sorry!Charming: Tak apa. But U know something?Ugly Betty: ?Charming: Lepas I cakap ngan U mlm tu, I got onemiss call. I thought it was U.Aku senyum. Siapalah yang miss call tu? Rasakurang senang tiba-tiba menyelinap di hati. Ada rasa marahpada orang yang buat miss call tu. Cemburu ke ni? Ish!Takkanlah.Ugly Betty: Then?Charming: I returned the call. And, it was adisaster, U know…Keningku berkerut. Disaster? Macam teruk sajabunyinya. Apa yang disaster tu? Jemariku pantas menaip.Ugly Betty: Disaster?Charming: Ya. Rupa-rupanya pompuan Indon.Salah nombor. Satu malam dia ganggu I. Lastly, I switchedoff my phone.Oh… Patutlah aku telefon tidak dapat. Takutkanperempuan Indon rupanya. Aku tergelak kecil. Penakut jugaorangnya.Charming: Apa gelak2?Jemari segera melekap di bibirku. Misteri betullahdia ni. Macam tahu semua yang aku rasa. Macam tahu semuayang aku buat. Menakutkan betul!Ugly Betty: Patutlah saya call tak dapat.Charming: Berapa kali U call? Bila?Ugly Betty: Ada la. Tapi, U off.Charming: I off malam tu jer. Lepas tu I on myhandphone.Ugly Betty: Hi hi hi...Charming: Sekali cuba saja ye? Lepas tu, terusdiam. Tak tunjuk efforts yang baik pun nak kawan ngan I.Tapi, tak apa... I x kisah. Sebab I akan tunggu U sampai U sudinak keluar ngan I... & sampai U sudi terima I sebagai temanhidup U.Ugly Betty: Yelah tu. Entah2 U ni dah ada gf. Sajanak main2kan I.Charming: Terserah pada U. Tapi, I’m very sureabout my feeling.Aku tersenyum sendiri. Yalah tu. Susah pula hendak percaya. Tapi, dalam tak percaya itu jugalah hatiku tergoda.Dalam tak percaya itu jugalah, aku asyik membuai perasaan.Charming: So, bila kita nak jumpa?Aku kecut. Keasyikan tadi hilang tiba-tiba.Kenapalah soalan ini yang diulang-ulang? Kalau tidak jumpatidak boleh ke? Aku senang berkawan dengan cara ini. Akulebih senang kalau tidak perlu bertemu dengannya. Aku lebihselesa berhubung tanpa mengenalinya. Itu lebih membuataku berasa selamat. Bimbang untuk rapat dengan lelaki.Bimbang nanti berulang peristiwa hitam yang hampirmenggelapkan hidupku. Yang membuat aku serik untuk mengenali insan bergelar lelaki. Tapi, kenapa denganCharming, hatiku boleh lembut. Mungkinkah kerana akucuma mengenalinya di dunia maya? Mungkinkah itu sebabnya?Charming: Setiap kali tanya soalan ni, mesti xdereply.Ugly Betty: Hmmm... Tengoklah dulu.Charming: I x kisah. U ambiklah sebanyak mana masa yang U nak. I boleh tunggu.Aku tersenyum kecil. Betul ke dia sanggup tunggu?Mana ada lelaki macam tu di dalam dunia ini? Sanggup tunggu perempuan yang dia sendiri tidak pernah jumpa dantidak pernah kenal.Charming: K la. I ada meeting pas ni. Gtg. Next time kita sambung. Tapi, jangan lupa call malam ni. I tunggu.And, make sure U x lupa lagi.Ugly Betty: Insya-Allah.Charming: I tunggu. Bye.Ugly Betty: K.Aku termenung. Nampaknya malam ni, aku tidak boleh lagi mungkir janji. Window milik Charming aku tutup perlahan. Perlahan juga aku mula menongkat dagu. Mula melayan perasaan.Hish! Tak boleh berangan di sini. Banyak lagi kerja lain yang harus diselesaikan. Nak layan perasaan, tunggusampai rumah. Di sini, tempat kerja. Aku menghela nafas.Mencari semangat baru untuk meneruskan kerja. Terputus bicara dengan Charming pasti buat aku hilang semangat.Kalau boleh aku ingin berbicara dengannya sehingga keakhirnya. Tapi tukan mustahil.“Aik, lain macam aja? Tiba-tiba hilang semangat.Monyok aja aku tengok. Kenapa?” Sharifah bertanya tibatiba.Aku sengih. Ketara sangatkah perubahan wajahku?“Tadi Charming online.”“Okey la tu. Dia cakap apa?”“Dia tak marah pun. Malam ni dia suruh aku calldia,” ceritaku bersama senyuman yang meleret.“Amboi! Bukan main panjang senyum. Suka hatilahtu. Kali pertama aku tengok kau senyum bila cakap pasallelaki. Bertuah betul Charming tu ya. Macam manalahagaknya orang yang dah berjaya mencuri hati Adiya Fatihani?”Aku tersenyum lagi. Tiba-tiba rasa senang diusikbegitu. Ish! Kenapa tiba-tiba jadi macam ni ya? Telefon bimbitku menjerit tiba-tiba. Mengalih perhatianku seketika.Segera tanganku mencapai telefon di atas meja. Melihatsiapa gerangan pemanggilnya. Nombor baru yang tidak akukenali. Siapa pula ni?“Helo?”“Assalamualaikum, Tiha.”Aku tergamam. Tidak mungkin. Hanya sorangsahaja manusia yang panggil aku dengan panggilan itu.Tidak mungkin dia. Mana dia dapat nombor aku? Tidak!“Tiha?”“Waalaikumussalam,”“Ingat abang?”“Mana abang dapat nombor ni?” soalku dengansuara sedikit bergetar.“Mak Tiha bagi.”Habislah aku kali ni. Kenapalah dia muncul lagi?Ingatkan aku tak akan jumpa lagi dengan lelaki ini.“Kenapa tak balik masa kenduri kesyukuran abanghari tu?”“Sibuk. Tak dapat cuti,” jawabku dengan nada dingin. Terdengar tawa di hujung talian. Tawa yang buat akumenyampah.“Macam manalah rupa girl abang sekarang?Rindulah. Abang datang jumpa nanti. Okey?”“Tak payah. Lately, saya sibuk la.”“Abang datang nanti. Rindu sangat kat Tiha. Enamtahun tak tengok muka comel ni.”Aku kaku. Diam mendengar kata-kata itu. Rasa menyampah pada kata-kata itu tetap sama dengan rasamenyampahku enam tahun dahulu.“Okey la… saya banyak kerja ni.”“Okey, kita jumpa nanti. Abang sekarang pun, katShah Alam.”Talian segera kumatikan. Telefon bimbit kucampakke meja secara spontan. Dia kat Shah Alam? Tidak! Aku tidakmahu dengar berita seburuk ini. Lebih-lebih lagi pada aku menikmati kebahagiaan bersama Charming. Tidak mungkin.Kenapa dia tidak bermastautin saja di Australia? Mengapadia perlu pulang ke sini dan mengganggu hidup aku lagi?“Kenapa Diya? Macam ada yang tak kena aja.”Aku pandang wajah Sharifah. Mesti dia perasanperubahan wajahku.“Abang Kamal,” jawabku sepatah.Riak wajah Sharifah nampak terkejut.“Abang Kamal call ke?” soalnya dengan nada terkejut.Aku mengangguk lemah.“Abang Kamal? Bila dia balik? And mana dia dapatnombor telefon kau?”Aku mengeluh bersama dengan muka yang cukupgelisah. “Mak aku bagi.”Sharifah turut mengeluh panjang.“Apa aku nak buat Sherry? Dia cakap dia ada katShah Alam sekarang. Aku tak sukalah macam ni…”“Relakslah. Janganlah menggelabah.”“Aku takut… aku tak nak jumpa dia. Kalau macamni, aku nak resignlah. Aku nak balik kampung. Tinggaldengan mak aku. Aku tak nak jumpa dia… aku tak naktengok muka dia.”“Kau ni… cakap macam budak-budak pulak.Janganlah gabra sangat. Kau bukan macam dulu lagikan?Aku yakin kau boleh berdepan dengan dia.”“Aku tak nak tengok muka dia. Aku menyampah!!!”“Sudahlah tu… cuba bertenang.”Aku pandang wajah Sharifah. Dia boleh suruh akubertenang? Bagaimana aku hendak bertenang kalau dibuatnya tiba-tiba dia tercegat di hadapanku? Aku mengeluh berat. Gusar memikirkan hati esok yang belumpasti kesudahannya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AidilFitri 2010~