Jumaat, Mac 05, 2010

Bab 2
♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤
CHARMING: Hai sweet! Hampir meloncat aku dari kerusi. Setelah hampir dua minggu, akhirnya aku dapat juga melihat Window ini.Window yang sangat-sangat aku rindu. Terasa senyumku saatini mekar bak jambangan mawar merah segar di atas meja penyambut tetamu. Sukanya hati aku. Bahagianya aku.Ugly Betty: Hi…Ugly Betty: Mana hilang? Lama x dengar citer. I tegur pun x nak jawab.Charming: Ada. Cuma…Ugly Betty: Cuma apa?Charming: Saja nak bagi u rindu. Ajak jumpa taknak!Aku tersenyum. Indahnya hari ini. Nasib baik aku batalkan niat untuk mengambil cuti sakit. Kalau tidak,kempunanlah hendak bersembang dengan Charmingku ini.Ugly Betty: Ingat dah lupa kita…Charming: Mana boleh lupa. Kalau orang tu… tak taulah pulak. Kan? Aku tersenyum lagi. Bahagianya.Deringan telefon sedikit mengganggu. Dengan agak malas aku mencapai gagang. Kenapalah perlu ada gangguan pada saat- saat indah seperti ini?“Diya… masuk bilik saya kejap!”Ha? Aku termangu. Ini betul-betul gangguan. Tak nak! Aku tidak mahu ke mana-mana pun. Aku ingin berada disini. Bersama Charmingku. Aku tak nak!“Kenapa encik?” soalku agak lemah. Harap-harapdia mendengar suaraku yang lemah bagai orang sakit ini.Encik Firdaus membatalkan niatnya untuk berurusandenganku. Bukan malas hendak bekerja, tetapi kerja yangEncik Firdaus hendak bagi ini, tidak kena pada masanya.Tunggulah aku selesai bersembang dengan Charmingkudulu.“Masuk!” Cukup tegas arahan daripada Encik Firdaus.“Yalah…” jawabku lemah. Mengacau betul! Orang baru nak berjiwang. EncikFirdaus ni… memang dengki tau!Ugly Betty: Kejap ya... bos panggil la!Aku diam seketika. Menunggu balasan. Tiada.Merajuk ke dia? Sudahnya aku cuma mengeluh kecil. EncikFirdaus ni… Perlahan-lahan, aku mengetuk pintu biliknya.Harap-harap Encik Firdaus tidak dengar. Bolehlah aku berlalu dengan senang hati. Terdengar suara menyuruh aku masuk. Dengar juga… rungutku sendiri. “Ada apa encik?”Encik Firdaus mengangkat mukanya. Kemudian tersenyum lawa. “Can you do me a favour?”Aku merenung wajah Encik Firdaus. Menunggu arahan sebenarnya.“Boleh?”Aku mengangguk. Ada ke tanya macam tu. Dah namanya aku ni pekerja, memanglah kena buat kerja. Lainlah kalau minta keluar dating ke… makan malam ke... barulahtanya boleh ke tak? Aku tersenyum kecil. Mimpilah akuhendak keluar dating dengan bos yang handsome ni.“Okey. Awak tolong buat filing untuk semua dokumen tu!” arah Encik Firdaus sambil memuncungkan mulut ke arah meja bulat di satu sudut biliknya.Aku akur sambil melangkah perlahan ke meja yang dimaksudkan. Mataku tertumpu pada beberapa dokumen diatas meja. Kebanyakannya bil dan penyata bank yang kelihatan seperti milik peribadi. Keningku sedikit berkerut.“Betul ke encik nak saya buat filing ni?”“Yalah. Kenapa?”“Tapi… ni semua macam dokumen peribadi aja.”“Memanglah. Saya nak awak failkan semua.Arrangelah macam mana pun. Janji, I can access it. Fast andeasy. Boleh?”Aku diam. Ini bukan kerja aku! Kenapa dengan Encik Firdaus ni? Dia nak mengurat aku ke? Biar betul… Aku menguntum senyum. Perasannya!“Saya tahu. Sepatutnya secretary saya yang buat.Tapi hari ni, Lisa cuti. So, can you do it for me?”Aku sengih. Malu. Encik Firdaus seolah-olah dapat membaca apa yang ada di dalam fikiranku. Bahaya ni! Akududuk sambil membelek dokumen. Berfikir cara filing yangpaling efisyen. Kononnya macam aku ni expert la. Puas akuberfikir, tetapi buntu. Fikiranku lebih pada Charmingku yang kutinggalkan di luar.“Errr… encik…”“Yes. Any problem?”Cepat-cepat Encik Firdaus bertanya sambil mengangkat muka menatapku tajam. Aiseh! Ni yang buat akukelu ni.“Errr… boleh saya buat kat luar? At my desk?”Encik Firdaus tidak menjawab. Cuma renungannyayang memberitahu aku, bahawa cadangan aku ditolak samasekali.“Kenapa? Ada masalah ke kalau buat kat sini?”“Tak. Bukan macam tu… cuma…”Encik Firdaus terus memandang menanti jawapan.Aku tunduk. Buat-buat sibuk menyusun kertaskertasdi hadapanku.“Diya… I’m waiting. Cuma apa?”“Tak ada apa-apa encik. Saya buat sekarang!”Encik Firdaus mengangguk perlahan. Kemudiankembali tunduk meneliti fail di tangannya.Aku mengeluh lemah. Selamat jalan Charming!Mesti selepas ini, dia akan menyepi lagi. Dan aku akankembali merindunya. Ini semua Encik Firdaus punya pasal!Kenapa perlu dia minta aku buat semua ini pada saat-saatyang sebegini penting. Menyampah! Agaknya aku memang tiada jodoh dengan Charming. Tetapi, aku betul-betul sukakannya. Aku betul-betul diburu resah apabila tidakdapat berbicara dengannya. Biarpun hanya jemari yangmenjadi medium bicara, namun itulah yang membahagiakanaku sekian lama. Aku bahagia melayan patah bicaranya.Nampaknya selepas ini, aku perlu kuat untuk belajar melupakan seorang insan bergelar Charming. Sedihnya…Aku mengangkat muka. Dalam diam aku merenungtajam pada Encik Firdaus yang leka dengan kerja-kerjanya.Bagai tersimpan rasa geram yang tidak berpenghujung dihati ini walaupun aku tahu ini semua bukan salah EncikFirdaus. Lelaki itu yang sebenarnya tidak serius denganku.Itulah kenyataannya. Tetapi, entah kenapa perasaan yang berbunga ini menafikan kenyataan itu. Perasaan yang berbunga ini sanggup menanggung peritnya sebuahkerinduan yang tidak berbalas. Bodohnya aku!Aku kembali tunduk, membuat kerja yang disuruh dengan tidak sepenuh hati. Selepas ini, kalau Encik Firdaus marah-marah lagi, gara-gara aku buat salah, aku tak kisah.Saat ini aku hanya ingin melayan perasaanku sahaja. Melayanrasa kecewaku pada Si Charming. Melayan rasa geramku pada Encik Firdaus. Melayan rasa sedihku, pada kebodohanku sendiri.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AidilFitri 2010~