Jumaat, Mac 05, 2010



Bab 4

♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤•
AKU termenung di balkoni sambil mata tertancap pada gelagat Sharifah yang tersengih sendiri di hadapan komputer. Leka melayan teman-teman mayanya.Aku berpaling. Menghadap pada kegelapan malam. Sesekali melihat panorama malam di Bandar Raya Shah Alam ni,mendamaikan juga. Bolehlah mendamaikan hati aku yang tengah bergelora ini. Entah gelora apa yang melanda, akupun tak tahu. Gelora rindu ke? Gelora asmara ke? Entahlah…yang pasti bait-bait puitis lagu yang ditujukan padaku,melalui e-mel dua hari lalu, betul-betul buat aku jadi angau.Yang sedihnya aku angau sorang-sorang.Kad ucapan berisi bahasa puitis lagu Dealova, yangaku cetak dua hari lalu, kubiarkan sepi di atas meja. Sudahberpuluh kali kubaca dan sudahnya aku terbuai di dalam dunia indah yang sementara. Bila terjaga, aku sedar, akusedang menyeksa perasaan sendiri. Kejam sungguh perasaanini!Aku ingin menjadi mimpi indah dalamtidurmuAku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisakau rinduKarena langkah merapuh… tanpa dirimuKarena hati telah letihAku ingin menjadi sesuatuYang selalu bisa kau sentuh Aku ingin kau tahu, bahawa aku selalu memujamuTanpamu... sepinya waktu Merantai hati Bayangmu seakan-akanKau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil Rinduku padamuSeperti udara yang kuhela… kau selalu ada Hanya dirimu yang bisa membuatku tenangTanpa dirimu aku merasa hilangDan sepi.Aku tersenyum. Sedap juga suara Sharifah ini.Dalam keasyikan membuai perasaan mendengar lagu yangkononnya ditujukan khas untukku itu, hatiku berdetik tibatiba.Aneh mendengar suara riang Sharifah menyanyi laguDealova. Lebih aneh apabila Sharifah seakan ingat keseluruhan lagu itu. Hebat juga budak ni. Tak sangka diahafal lagu tu. Selalunya bukan main susah dia nak hafal liriklagu. Aku berpaling, melihat Sharifah menyanyi-nyanyisambil memegang kertas yang aku cetak tempoh hari. Tidak!Aku menjerit sambil berlari ke arah Sharifah.Sharifah tergelak sambil mengangkat tangan, cubamenyelamatkan kertas yang berada di tangannya.“Bagi akulah!”Sharifah tergelak lagi. Untuk beberapa ketika kamiberebutkan sehelai kertas sebelum akhirnya Sharifahmengalah. Kertas itu diletakkan di tapak tangan aku. Akumenarik muncung, sambil bergerak ke sofa dan merebahkanbadan ke situ. Kertas yang sedikit keronyok itu aku pandang.“Itulah yang rahsia sangat tu ya?” Sharifah bersuarasambil melabuhkan punggung ke sofa, berhadapandenganku.Aku menjeling sekilas.“Romantiknya dia! Kau tak rasa apa-apa ke masabaca kata-kata indah tu? Ditujukan khas pada kau pulak tu?Kalaulah Azman layan aku macam ni… bahagianya aku!”Aku cuma memandang tingkah Sharifah yangtergedik-gedik itu. Budak ni, memanglah suka sangatberangan.“Diya… aku tanya ni!” Sekali lagi Sharifah bersuara.Aku mengeluh perlahan. Kalau aku tak rasa apaapa,takkanlah aku dah jadi angau macam ni, Sharifah oiii.Kata-kata itu cuma melantun di dalam hatiku. Tidakkuluahkan pada Sharifah. Sudahnya, aku mencapai kusyenlalu menutup wajah. Pura-pura tidur. Penat mahu melayanbicara Sharifah seterusnya. Semuanya nanti pasti berkisartentang Si Charming. Kalau boleh aku tidak mahu fikir puntentang lelaki itu saat ini. Satu-satunya lelaki maya yangberjaya mengetuk hati perempuanku. Ingatkan perasaan ituindah. Rupa-rupanya cukup menyakitkan. Di sebalik rasabahagia yang aku rasa sekarang, bagai ada selumbar yangmenyucuk hati. Entah kenapa, tidak pula aku tahu.“Diya… aku tanya ni, jawablah!” Sharifah bersuarasambil menarik kusyen yang menutup wajahku.Aku mengeluh lagi sambil bangkit daripadaberbaring. Wajah Sharifah kutatap untuk seketika.“Entahlah… aku tak tahulah!” Akhirnya akubersuara lemah.“Laaa… kenapa pulak? Aku cadangkan kau jumpaaja dengan Charming tu. Nampaknya dia macam serius aja.Kau cubalah dulu... bukan rugi apa-apa pun. Yang kau takutsangat dengan lelaki ni, kenapa?”“Siapa cakap aku takut? Aku tak takutlah. Kau ni,pandai-pandai aja!”“Aku yakin Si Charming ni serius dengan kau.Banyak kali dia YM aku tanyakan kau tau. Tunjuk perasaankonon! Kau tunjuk perasaan… tapi aku tengok macammakan hati aja.”“Kalau aku layan dia, aku lagi makan hati, tahu tak?”“Kenapa pulak? Senang aja. Dia nak jumpa, kaupergi ajalah. Bukan buat apa-apa pun. Kalau kau tak beranipergi sorang, aku boleh temankan. Aku pun nak juga kenaldengan jejaka yang seromantik ni. Mesti dia tu macam PrinceCharming kan?”Aku merenung tajam wajah Sharifah. Tinggi pulaimaginasi minah ni.“And… banyak kali dia call aku tau!” Suara Sharifahkembali serius.“Call kau? Apa dia nak?”“Dia minta nombor telefon kau.”“Kau bagi tak?”“Mestilah tak! Pada hal mulut aku ni gatal nak bagi.Kesian dia Diya… banyak kali dia mintak.”“Padan muka! Sekarang baru nak menggelabah!Masa aku terhegeh-hegeh, dia jual mahal. Buat aku ni,macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Aku dukteringat dia siang malam, tahu tak? Seminggu aku tak lalumakan. Ada dia kisah? Tak ada pun. Sekarang bila aku belajarnak lupakan dia, dia buat macam ni pulak. Betul-betul buataku rasa terseksa, tahu tak? Sakit hati aku ni, tahu tak?Pedih…”“Tahu… tahu… tak payahlah asyik tanya tahu tak…tahu tak!” Sharifah bersuara separuh bergurau. Barangkali dialucu mendengar bicaraku yang berulang-ulang itu.“Tapi, kan aku dah cakap. Salah kau juga. Jumpatak nak. Nombor telefon pun kedekut. Cuba open sikit. Kauni, tertutup sangat. Get what I mean?” sambung Sharifahsedikit serius.Aku buat muka bodoh sambil menatap skrintelevisyen yang bercerita sendirian.“Kau nikan... aku tak tahulah nak cakap apa. Nakkata choosy sangat, masalahnya, senarai boyfriend langsungtak ada. Nak kata kau tak cantik… cantik. Nak kata tak adaorang nak… bersepah lelaki yang duk tunggu kau. Tu, Johansupervisor kat assembly tu, dah setahun tunggu kau.Sekarang ni pulak, aku tengok Encik Firdaus pun macam adaapa-apa aja dengan kau. Tu belum masuk budak Bangladengan Nepal tu lagi. So, apa lagi yang kau tunggu ha?”“Entahlah Sherry. Aku takutlah…” jawabkuperlahan. Sudah lama Sharifah tidak menyentuh hal lelakidenganku.Sharifah mengeluh. Perlahan dia bergerakmendekatiku. Memeluk bahuku sambil berdeham.“Apa yang kau takutkan? Ini lumrah hiduplah.Kecil, besar, bercinta, berkahwin. Then ada anak. Lepas tucucu. Lepas tu, tua. Kau mesti lalui tu semua.”“Aku takut kalau semuanya sama macam AbangKamal.”Sharifah mengeluh lagi.“Kau tak boleh samakan semua lelaki dalam duniani, dengan Abang Kamal tu. Tak semua lelaki macam tu la.Berapa ramai lagi lelaki baik dalam dunia ni. Kenapa kauasyik duk ingat dia? Buang masa kau aja. Cuba alihkan perhatian kau pada lelaki lain. Johan ke… Encik Firdaus ke…Charming ni ke… mesti kau sedar, masih ramai lagi lelakibaik dalam dunia ni. Percayalah cakap aku!”“Senanglah kau cakap. Bukan kau lalui semua tu.Aku tak boleh lupa apa yang dia buat kat aku. Sampai bila bilapun aku takkan lupa!”“Dah tu, sampai bila-bila pun kau tak nak bercinta?Tak nak kahwin? Kau ni,” bicara Sharifah terhenti di situ.Telefon bimbitnya yang menjerit memaksa dia mematikan bicara.Sharifah bangkit. Menuju ke meja komputer.Telefon bimbit di sebelah keyboard dicapai. Senyum mekar dibibirnya.Aku turut tersenyum. Buah hati telefonlah tu!Sharifah berlari ke arahku dengan lagak riang yang agak luarbiasa. Membuat aku dijentik rasa resah. Resah melihatkeriangan teman karibku itu. Janganlah keriangan itumembawa berita ngeri buatku.“Charming call. Dia nak cakap dengan kaulah!”Hampir terloncat aku di sofa. Mampus! Kan betultelahanku. Memang berita ngeri! Mana aku nak menyorok ni?Tak nak! Aku tak nak cakap dengan dia!Sharifah menghulurkan telefonnya.Aku menggeleng laju. Gila!“Jawablah! He’s on the line ni.”“Cakap ajalah aku dah tidur,” ujarku perlahan sambil bangkit dari sofa. Aku mesti masuk ke bilik. Menyorokdaripada Sharifah, juga Charming. Walaupun aku tahuCharming memang tidak akan nampak aku di situ.“Dah! Menggelabah pulak! Jawab ajalah.”Aku jegilkan mata pada Sharifah. Kurang asampunya budak. Ada ke cakap macam tu. Kalau Charmingdengar, malulah aku.Sharifah menghulurkan telefonnya sekali lagi.Dan sekali lagi jugalah aku menggeleng laju. Apaaku nak cakap dengan dia? Mesti nanti macam orang bodoh.Sharifah mengeluh geram. Sudahnya dia mencapai tanganku. Telefon diletakkan di atas tapak tanganku.“Jawab!” arahnya bagai mak orang.Aku ternganga. Habislah aku kali ni.Sharifah berlalu semula ke komputer, meninggalkanaku bersama telefonnya dan Charming di hujung talian.Bagai tidak percaya, insan yang sedang menunggu akumenjawab panggilan saat ini adalah Charming. Dalamgugup, telefon aku lekapkan ke telinga. Debar di dada hanyaTuhan sahaja yang tahu. Silap-silap boleh bisu aku malam ni.“Helo…”Aku terduduk. Bagai mahu luruh jantungmendengar suara itu. Buat kali pertama aku mendengar suara lelaki yang aku puja. Dalam terpaksa aku harus akui,indahnya perasaan ini. Walaupun aku berusaha untuk membuang nama lelaki itu, namun perasaan ini terlalu indahuntuk aku singkirkan begitu sahaja. Kelu. Sungguh aku kelumendengar suara itu. Bergetar perasaanku.“Helo. Ada orang ke tak ni?”Bibirku bergetar. Haruskah aku menjawab?“You? Ada ke tu?”“Ada!” Cepat bibirku menjawab. Cepat jugatanganku menutup mulut. Kantoi! Maknanya, kenalah akuteruskan perbualan ini. Apa yang hendak dibualkan?“Apa yang menggelabah sangat?” soalnya dengan suara yang cukup merdu di telingaku. Argh! Malunya... kandah cakap, dia dengar.“Errr… tak ada apalah. Tak ada apa-apa…”Terdengar gelak halus yang membuat jantungkumakin kencang berdegup. Tiba-tiba wajahku terasamembahang. Entah kenapa suasana yang dingin tadi, tibatibabertukar hangat. Panas. Mungkinkah disebabkan degupan jantungku yang terlalu kencang ini?“You dapat e-mel I tu?”“Dapat. Terima kasih,” jawabku malu-malu.“Terima kasih aja?”Aku terpaku lagi. Itu sajalah. Aku nak cakap apalagi? Cakap lebih-lebih karang, buat aku malu sendiri aja.Entah-entah lirik lagu tu, cuma untuk menyindir aku. Takmungkin perasaannya begitu terhadapku. Kalau aku…betullah. Aku rasa aku ni, dah tahap jatuh cinta!“About that words, I serius. I tak main-main.”Gulp! Biar betul! Macam mana dia tahu apa yangsedang bermain di kepalaku ini? Dan, betul ke dia serius?Sudahnya aku tergelak. Gelak sumbang.“Kenapa lama offline? You tahu I cari youkan? Balas dendam ya? Atau merajuk?”“Tak adalah. Busy sikit sekarang ni. Tak ada masa,”bohongku dengan nada tenang. Harap-harap memangkedengaran tenanglah.“Macam bohong aja…”“Betul. Tak bohong. Sibuk sikit.”“I call you? Give me your number!”“Phone I tengah chargelah. Dalam bilik,” bohongkulaju.“Macam-macam alasan you ya? Nak jumpa, tak nak.Nak call, tak boleh. Nak YM pulak, busy…” kedengaran suaradi sana mengeluh.Aku tersengih. Mendapat sedikit keselesaan untukmenyambung bicara dengan Charming. Dia yang bertanya.Jadi, kerjaku cuma jawab soalan. Tak payah nak pecah kepalafikir idea nak berborak. Dengan santai aku bersandar ke sofa.“Just give me the number. I’ll call. Tak seronoklahpakai phone kawan you. Entah-entah dia pun tengah tunggupanggilan.”“Errr… I tak hafal nombor I. Tak apalah. Dia takkisah. Lagipun dia tengah layan YM dengan boyfriend dia.”“Alasan. Tapi, sebenarnya you tak nak bagikan? Takapa… I akan cuba sampai berjaya. Sebab I rasa, you ni, is theone for me. So, I’ll try sampai berjaya.”Aku tergelak lagi. Yalah tu! Janganlah kau permainkan perasaan ini wahai lelaki.“Miss call I. Lepas tu I call you. Please… jangan adaalasan lagi.”“Okey!” Bagai dipukau aku menjawab.“Now!”“Errr... kejap!” Aku mula menggelabah. Kesilapanbesar. Bagaimana aku boleh tersilap cakap?“I tunggu ni. Okey?”“Okey…”Talian terputus. Dan aku termangu sendiri. Perlukahaku memberi nombor telefonku? Kalau dia cuma inginmempermainkan perasaanku, bagaimana? Telefon Sharifahkuletakkan di atas meja. Dan, deringan telefon bimbitkumenarik perhatian. Segera kucapai. Mak! Sukanya hati. Danaku menjawab panggilan itu sehingga kulupa janjiku pada seseorang….

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AidilFitri 2010~