Isnin, Disember 13, 2010

~selongkar....hehhehehe~







hmmm...terjmpe gmbr2 nie....time kt langkawi bersama sepupu2...rindula plk nk g rmai2 cmnie lg...
InaRoslina

~di Mlm 9 December 2010~






Ina Roslina
hoho...time nie ontheway alik muo...singgah kt prt sulung, mkn satay...saje bwk romate mkn satay...hehhehee (zana)

Isnin, Disember 06, 2010

~Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah~


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk

menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.

Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau

menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



~meh kongsi bersama....~

from: myMetro

Gigitan cinta tidak jejas solat

.......................................................
ADAKAH sah kita melakukan solat jika ada kesan gigitan cinta (love bite) pada tubuh badan kita Dr?

_______________________________
KESAN gigitan berkenaan pada tubuh tidak menjejaskan solat anda.

Terdapat syarat tertentu sahnya solat iaitu (1) Suci daripada hadas kecil dan besar, (2) Suci daripada najis yang tidak boleh dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat dan (3) menutup aurat.

Berkenaan dengan soalan di atas juga apabila seseorang bersetubuh maka akan dia berhadas besar.

Untuk bersolat, seseorang perlu mandi wajib atau mandi hadas besar bagi menghilangkan hadas.

Apabila sudah mandi dengan sempurna, maka boleh menunaikan solat.


...................................................................................

BAGAIMANA jika kad kahwin di dalamnya mengandungi surah al-Quran dan maknanya lalu diedarkan dan ia kemudian dibuang begitu saja?

___________________________________


AYAT-ayat al-Quran dan nama-nama Allah hendaklah dijaga supaya tidak tercemar kesucian. Kad kahwin yang mengandungi surah al-Quran dan maknanya hendaklah dijaga dan jangan dibuang begitu saja.

Menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk menjaga kesucian agamanya.

Contohnya, ayat berkenaan boleh dilupus secara tertib dengan membakar dan seterusnya ditanam atau dihanyutkan di sungai atau laut.

Ina Roslina

Ahad, Disember 05, 2010

~khas tok Lelaki yg merokok~

******so??? bg lelaki yg merokok 2...nk isap rokok lg x???hmmmmm 2 yg wt sedap ble isap rokok kn...hehhehehehe renung2kn..& selamat beramal... hehhehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AidilFitri 2010~