Jumaat, Mac 05, 2010

♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤•**•♫♪♛♛♪♫•**•❤
Bab 3

AKU termangu sambil menongkat dagu. Leka melayan perasaan yang tidak menentu. Dua minggu selepas kali terakhir Si Charming muncul di skrin komputerku, lelaki itu menghilang lagi. Hancur luluh hati ini setiap kali melihat bicaraku tidak berbalas. Hancur luluh hatiku menanti munculnya Window yang aku rindui itu.Sampai hati dia. Sudahnya lebih seminggu YMku terbiar sepi.Malas aku nak buka. Buat sakit hati aku aja!“Diya…”“Hmmm...”“Diya…”“Apa?”Sharifah mendengus perlahan. Bahuku ditepuk lembut. Aku mengeluh. Sharifah ni memanglah,mengganggu betul!“Diya, pandanglah aku. Aku nak cakap ni.”Aku menoleh. Memandang wajah Sharifah yang tersengih senang. Kalaulah aku boleh seceria dia saat ini.Tapi, apakan daya…“Apa? Cakaplah…” sahutku malas.Sharifah tidak bersuara. Cuma jarinya menunjuk kearah skrin komputer.Aku kerutkan kening. Tidak faham maksud bahasa isyarat yang Sharifah gunakan. Lantak kaulah Sherry. Malas aku nak layan. Aku kembali merenung kosong ke skrin komputerku. Renungan kosong yang tiada apa-apa makna.“Diya… tengoklah sini!”Aku sedikit tersentak. Terkejut dengan suara Sharifah yang cukup dekat di telingaku. Aku tarik muka.Geram disergah begitu. “Apa? Terkejut aku tau!”Sharifah sengih. “Sorry. Kau pun satu, aku panggil buat blur aja. Kenapa?”Aku pandang wajah Sharifah dengan tidakberkelip.Sharifah tersengih lagi. “Janganlah pandang akumacam tu. Kau bukan tak tahu aku gabra kau pandang akumacam tu.”Aku menjeling. Tahu pun takut.“Apa dia?” soalku akhirnya.“Ni haaa… cuba kau tengok ni.”Aku memandang komputer Sharifah. Tak ada apaapapun.“Apa?” soalku hairan.Sharifah mendengus perlahan. “Kau on YM tak?”Aku mencebik sambil menggeleng perlahan.“Patut laaa. Ni ha, Prince Charming kau tanyakenapa dah lama kau tak online?” ujar Sharifah membaca YMdi skrin komputernya.Aku memandang Window di skrin komputerSharifah. Window milik Charming. Patutlah dari tadi duktunjuk komputernya. Rupa-rupanya ini yang dia nak beritahuaku. Aku bangkit dari kerusi. Melangkah mendekati Sharifah.“Apa dia cakap?” soalku dengan nada yang tidak begitu mesra. Ada rasa cemburu berputik di hati. Cemburu pada Sharifah kerana mendapat pesanan dari Charmingku.Tak adil. Aku yang sapa dia berbakul-bakul, dia buat tak layan aja. Sekarang dia boleh berkongsi cerita dengan kawan aku pulak.“Dia tanya pasal kaulah!”“Tanya apa? Apa yang dia nak tahu? Tak boleh tanya aku sendiri ke?”“Ek eleh minah ni... jelous la pulak. Dia nak tanyamacam mana, kau tak on pun.”Ya tak ya juga. Aku buat-buat selamba. “Mana adaaku jelous? Aku tanya aja, dia nak apa?”“Bacalah sendiri.”“Tak naklah. Nanti kut ada apa-apa rahsia, aku terbaca pulak!”“Diya… kau ni memanglah. Rahsia apanya? Baca ajalah! Kau ingat aku ada affair dengan Charming tu ke?Kalau kau tak nak baca, biar aku yang baca!”Aku senyum kecil. Sharifah ni, kadang-kadang terlebih emosional pula. Aku tarik kerusi lalu duduk disebelah Sharifah.“Mana?” soalku sambil meneliti Window di skrin komputernya.“Ni haaa. Yang kau tengok Window pakwe aku tua pasal!”Aku tersengih. Sharifah ni, kelakar juga. Ada kedengan kekasih hati pun boleh sembang dalam Yahoo Mesengger.“Dengan pakwe pun, kau layan YM ke?” tukasku.“Yalah… kan jauh,” jawab Sharifah juga dengansengih yang panjang.Aku menggeleng perlahan.Charming: Mana pergi kawan awak yer?Charming: Lama tak nampak. Charming: Sibuk ke dia?Aku termangu. Tidak tahu apa yang dirasakan saatini. Tersentuh juga hati ini apabila membaca kata-kata itu.Dia cari aku ke? Dia masih ingatkan aku ke? Tidak. Aku takboleh lembut hati. Nanti yang makan hati bukan dia, tapiaku. Aku mesti kuat. Aku harus belajar lupakan dia. Aku tidakboleh terus layan perasaan.“Apa lagi? Pergilah on YM kau. Dia mesti tengahtunggu kau tu.”“Tak adanya. Kalau aku kumpul pesanan aku katdia, aku rasa dah penuh tiga-tiga tong recycle bin kat depantu tau. Yang plastik, yang kaca, yang kertas, semuanya penuh.Tahu tak? Tapi, satu pun dia tak balas. Sedih hati aku ni, Tuhanaja yang tahu. Malas aku nak layan lagi. Buat sakit jiwa aja!”“Aik! Macam marah aja,” sakat Sharifah sambilter sengih.Aku mengeluh perlahan. Perlahan juga aku bangkit dari sisi Sharifah. Bergerak malas ke mejaku semula. “Bukan marah, tapi geram!”“Kau tak boleh nak salahkan dia, Diya.”Aku merenung tepat ke wajah Sharifah. Diamembela Si Charming tu? Ini tak boleh jadi. “Kau ni, kawan dia ke kawan aku?”“Kawan kaulah. Tapi, dalam kes kau ni, aku tak boleh nak sokong kau. Sebab aku rasa ni semua silap kaujuga.”Aku kerutkan kening. Apa pulak salah aku? “Apasalah aku?”“Yalah. Dah berapa puluh kali dia ajak kau keluar,ajak jumpa? Kau jual mahal. Memang padanlah dengan muka kau!”“Kau ni Sherry… mulut dah ada insurans belum?Kalau tak ada, better keep it shut. Okey?”“Amboiii marah nampak!” ujar Sharifah bersama gelak kecil.Aku menjeling sekilas. Memang betul juga kata kata Sharifah. Aku mengeluh lagi. “Entahlah Sherry... malasaku nak fikir.”“Haaa… ni tengok, dia hantar lagi. Aku rasa dia memang betul-betul nak cakap dengan kau la. Onlah…kesian dia…” ujar Sharifah sambil jari telunjuknya menujah ke skrin komputer.Aku menggeleng perlahan. “Tak ada mood la. Akutahu dia bukan serius pun nak kawan dengan aku. Nanti aku pulak yang makan hati sorang-sorang…”“Mana kau tahu? Entah-entah ni jodoh kau. Siapa tahu, kan?”Aku sengih. Yalah tu… banyaklah Sharifah punya jodoh.“Dia suruh kau on YM la Diya!” gesa Sharifah.“Kau tanyalah dia apa dia nak?”“Aku pulak?”“Tanya ajalah!”“Okey!” balas Sharifah sepatah. Jari-jemarinya laju menaip sesuatu. Kemudian dahinya berkerut merenung skrin komputernya.Aku sekadar memandang kosong gelagat Sharifah itu. Sharifah berpaling sambil tersenyum panjang.“Nak tahu apa dia cakap?” soalnya dengan senyuman meleret.“Apa dia cakap?”“Aku baca ya. Beritahu kawan awak tu, on la YM tu.I miss her so much. Betulll. Tak tipu… and, dia juga suruhkau buka e-mel. There is something for her. Special for her!”Aku termangu. Degup jantung tiba-tiba terasakencang. Tiba-tiba juga wajahku terasa membahang.Berderau darahku mendengar kata-kata yang dibaca oleh Sharifah. Kalau macam ni, boleh cair balik hatiku. Janganlahbuat aku macam ni, wahai Charming. Aku memandang wajah Sharifah.Sharifah mengangkat kening bersama senyuman nakal. Aku resah sendiri. Nak mengalah atau nak teruskan perjuanganku untuk lupakan dia?“So?”“Kau cakap kat dia, aku tak boleh nak online. PC aku problem.” Akhirnya aku memberi alasan.Sharifah tersenyum.“Lantak kaulah! Satu hal, jangan lupa buka e-melkau. Aku nak juga tengok apa yang special sangat tu!”Aku mencebik. Malas melayan kata-kata Sharifah.Padahal saat itu, hatiku memberontak ingin bersembang dengan Charmingku. Tidak! Aku mesti kuat!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AidilFitri 2010~