Rabu, November 10, 2010

~Kimono mesra alam~

Kimono mesra alam nie untuk isteri pemimpin APEC...hehehhee

~sumber: kosmo, 10 november 2010~

YOKOHAMA, Jepun - Para isteri pemimpin negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang bermula pada 12 hingga 14 November ini di sini berpeluang memakai pakaian kebangsaan wanita Jepun, kimono yang diperbuat daripada material mesra alam.

Pereka fesyen terkenal Jepun, Hiroko Koshino menyatakan beliau telah menghasilkan gaun yang merupakan gabungan sutera dan bioplastik daripada jagung.

Pakaian itu dianggap sebagai gabungan antara kraf tangan tradisional Jepun dan teknologi canggih.

"Saya berbesar hati jika orang ramai suka memakainya. Bumi juga akan menjadi tempat yang lebih gembira," kata Koshino dalam satu mesej video kepada tetamu-tetamu APEC.

Laman web Teijin menyatakan bahawa material Biofront yang berasaskan tumbuh-tumbuhan itu dilancarkan pada tahun 2007.

Pakaian itu bersifat mesra alam, tidak panas dan tahan lama selain telah digunakan sebagai fabrik untuk tempat duduk kereta.

"Perincian mengenai reka bentuknya adalah rahsia sehinggalah semua wanita pertama memakainya. Ia mempunyai cita rasa kimono dengan konsep rekaan yang baru," kata seorang pegawai di Kyoto, Hirotsugu Uno.

Pakaian itu berwarna biru, merah, kuning, hijau dan ungu.

Sudah menjadi tradisi persidangan itu apabila pemimpin daripada negara-negara anggota akan memakai pakaian tradisi daripada negara tersebut semasa menghadiri majlis-majlis utama. - Agensi

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AidilFitri 2010~