Jumaat, Julai 29, 2011

~khasiat buah markisa~

haaaa...agak2 korang penah makan x buah markisa???pe??korang msti xtau tentang buah markisa nie kn..hmmm...xpe2..meh nk gtau..
Markisa ataupun nama saintifiknya  Passiflora edulis merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dalam famili passifloraceae. Pokok markisa nie terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).  Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. 
Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi. Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah  lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum. Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos.  (sumber: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a72786.htm)
Walaubgaimane pun..kt m'sia pon da ade tanaman pokok markisa...contohnye, kt umh ak..hehhehe kite tgk lak pe khasiatnyer..


Khasiat Buah Markisa :
1. Memulihkan Kanser
2. Mengatasi insomnia
3. Mengatasi batuk
4. Anti alergi
5. Menenangkan anak hiperaktif
6. Melancarkan perjalanan Haid
7. Menjaga kecantikan wajah
8. Menurunkan kolesterol
9. Memperlebar saluran pembuluh darah yang mengalami penyempitan
10. Melancarkan peredaran darah
11. Anti peradangan
12. Penurun panas badan
13. Mencegah hipertensi
14. Antiseptik
15. Menghilangkan kerut pada wajah
16. Menjaga kesegaran tubuh
17. Antibodi
Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar,
perasa ataupaun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niacin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.
(Info lain...sumber utusan malaysia online: Klik nie..)


 nie yang dah masak...


 lau nk try rase..try la Bliss nie..Oren+markisa..sedap... :)
(sumber gambar: Ina Roslina, Muar)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AidilFitri 2010~