Rabu, Mac 09, 2011

~Tip menangani STRESS~

Salam…korang stress x skrg nie??hmmm…lau ak, mmg ngh stress..huhuhuhu Ofkosla tang PSM…adeh…mcm2 asgmnt yg mendtg…mmg gler stress… Lau korang nk tau…stress nie wujud apabile korang merase tertekan yang teramat sgt tentang sesuatu perkara.. pape pon..ak ade tip stress tok dikongsi dgn korang…sile ler bce ye…nie antara teknik yg sihat la…

1. Tidur Sejenak

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali.Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menanganistres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan

Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun
meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot
leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif.
Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik,
mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik
adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik
atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk
melegakan stres.

4. Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada
hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang
menyenangkan diwajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus
berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri
menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua
perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda
sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan
terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara
mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya,
pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan
rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AidilFitri 2010~

Terdapat ralat dalam alat ini