Selasa, Januari 04, 2011

~movie terbaru yg ak tgk..hehehe~

3 Januari 2011
with: dak2 umh
location: BigCinema, BpMall.

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah menceritakan tentang Husin yang baru pulang dari Singapura ke Kampung Pisang dan melihat jiran rumahnya Kak Limah yang berkelakuan pelik. Rambut Kak Limah yang panjang dan mengerbang membuatkan
Husin lebih takut dan berasa seram. Hal ini ditambah pula apabila Husin tidak dapat tidur dan diganggu oleh Kak Limah. Husin pun memberitahu Pak Munawer dan menceritakan kejadian tersebut kepada penduduk kampung. Pelbagai bomoh dipanggil bagi mengamankan keadaan namun semuanya menemui jalan buntu.
Penduduk kampung pun berkumpul dan bercadang membakar rumah Kak Limah. Dalam keadaan yang huru-hara Kak Limah ditembak oleh anak PaK Amat(kalau tak silap). Anak Kak Limah pun muncul dan mengatakan ibunya gila dan lari dari
Hospital Bahagia.

Husin yang memutuskan pertunangan sebelum ke Singapura menyangka Che Nin masih hidup disedarkan oleh ayah Che Nin iaitu Pak Jabit yang Che Nin telah meninggal dunia selepas enam bulan pemergian Husin ke Singapura.

p/s: Bg ak, ending die xbape nk bestla...tp..korang g la tgk dlu k..awal2 cite nie mmg klakar..hehhehe mau nyer...asyik gelak jek... =)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AidilFitri 2010~