Khamis, September 23, 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis
di AS membuktikan
kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti
yang diceritakan
dalam kitab
suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian
oleh sepasukan
penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari
Pusat Penyelidikan
Atmosfera
Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah
dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut
dengan menghentakkan
tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum
Bani Israel
terperangkap di antara
pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan
mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno
Delta Sungai Nil mendapati laut
terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini
dikenali sebagai Tasik Tanis di
selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu
cawangan Sungai Nil. Kini, dengan
menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu
menunjukkan bahawa laut berkenaan
terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang
dikenali sebagai angin timur
bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12
jam menyebabkan aliran air sungai
dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti
dinding air. Satu model lautan
komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi
melihat kesan angin yang bertiup
semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin
tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2
kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai
itu kembali mengalir ke tempat
asal seperti ombak tsunami. Hasil kajian saintis berkenaan
disiarkan di Internet oleh
Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi
p/s Kalau benar tetap benar ........

2 ulasan:

PalizueL berkata...

bagus info ni..
tapi ros..
ko punye blog ni berat sangat laa..
susah nak load..
huhu..

~Snow Princess~ berkata...

yke???alaaaaa..ciannyer...tp ak bukak ok jek..hehehehhe xpe...nti ak ringankn ckit ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AidilFitri 2010~

Terdapat ralat dalam alat ini