Datuk Siti Nurhaliza lega produknya disahkan HALAL oleh JAKIM
Menghasilkan sesebuah produk berjenama sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai espek ditekankan pastinya jika mahu produk berkesan dan bertahan lama tentulah nadi yang terutama adalah kualiti yang bagus buat pengguna produk itu kelak. Paling getir walau sehebat mana keberkesanan produk dan pelaburan kewangan perkara yang sering menghantui setiap pengusaha adalah mendapat sijil kelulusan dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengiktiraf sesuatu produk itu HALAL digunakan. Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza turut merasa kebimbangan tersebut. Produk yang 100% dihasilkan dari Korea itu sangat mencabar beliau tatkala mahu mendapatkan sijil kelulusan dari pihak Jakim kerana Korea adalah sebuah negara bukan islam. Datuk Siti Nurhaliza terpaksa membawa wakil Jakim untuk dilihat dinilai sendiri proses pengilangan produk barunya yang berjenama "SIMPLYSITI". Pemeriksaan terperinci dilakukan pada bahan yang digunakan, soal kebersihan, latar belakang para pekerja dan faktor persekitaran semua diambil kira. Akhirnya "SimplySiti" berjaya juga mendapatkan sijil HALAL.
Dihasilkan dari Korea yang menggunakan teknologi 'NANO' . Formula ini kian popular digunakan di produk gergasi dunia dan mampu membawa kepada keberkesanan yang cemerlang. Tidak berkompromi dengan soal kualiti, Datuk Siti Nurhaliza rela pembangunan penyelidikan Nano ini dilakukan berkali-kali hingga sesuai dengan kulit wajah para pengguna kelak. Walau didatangkan dari Korea, namum harga bagi produk "SimplySiti amat berpatutan dan kini dijual meluas di rangkaian "WATSON" serata Malaysia. Jangan terkejut jika produk SimplySiti menggunakan judul lagu popular beliau untuk diberi kelainan. Antara lagu yang dipilih adalah Janji Kasih (Merah Jambu), Bisikan Asmara (Ungu), Diari hatimu (Coklat) Purnama Merindu (Plum) dan Eslilin (Merah). 1 cara yang berkesan bagi menyenangkan para pengguna mengingati jenis warna produk tersebut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan