Selasa, Disember 28, 2010
Isnin, Disember 13, 2010
~selongkar....hehhehehe~
~di Mlm 9 December 2010~
Isnin, Disember 06, 2010
~Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah~
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. | |||||
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata | |||||
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan | |||||
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” | |||||
Berikut adalah Doa Akhir Tahun Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
|
~meh kongsi bersama....~
from: myMetro
Gigitan cinta tidak jejas solat
_______________________________
KESAN gigitan berkenaan pada tubuh tidak menjejaskan solat anda.
Terdapat syarat tertentu sahnya solat iaitu (1) Suci daripada hadas kecil dan besar, (2) Suci daripada najis yang tidak boleh dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat dan (3) menutup aurat.
Berkenaan dengan soalan di atas juga apabila seseorang bersetubuh maka akan dia berhadas besar.
Untuk bersolat, seseorang perlu mandi wajib atau mandi hadas besar bagi menghilangkan hadas.
Apabila sudah mandi dengan sempurna, maka boleh menunaikan solat.
...................................................................................
BAGAIMANA jika kad kahwin di dalamnya mengandungi surah al-Quran dan maknanya lalu diedarkan dan ia kemudian dibuang begitu saja?
___________________________________
AYAT-ayat al-Quran dan nama-nama Allah hendaklah dijaga supaya tidak tercemar kesucian. Kad kahwin yang mengandungi surah al-Quran dan maknanya hendaklah dijaga dan jangan dibuang begitu saja.
Menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk menjaga kesucian agamanya.
Contohnya, ayat berkenaan boleh dilupus secara tertib dengan membakar dan seterusnya ditanam atau dihanyutkan di sungai atau laut.
Ina Roslina